Pages

Monday 21 November 2011

KARMA?


Apa khabar wahai readers-ku yang tak berapa nak ada ni,korang sume sihat kan? Ok hari ni aku nak kongsi  kan sikit info amat awsem yang telah aku research dalam sikit so that korang nanti takde la nak terkonfius lagi.

Entri hari ni is about Karma.Apa tu Karma? Orang Islam boleh percaya Karma ke? Apa pula mengikut pandangan Islam about Karma ni? Jadi jom kita start.


What Is Karma?

Karma dari segi bahasa ialah perbuatan atau nak lebih awsem lagi meaning perbuatan yang dilakukan oleh seseorang sama ada baik atau buruk yang akan dibalas balik menurut hukum alam atas apa yang seseorang tu da buat.So dia macam what goes around comes around la but it is not as simple as that.

Hukum Karma atau Law of Karma ni berasal dari kepercayaan agama Hindu which is macam rukun iman dorang.Setiap penganut perlu melakukan karma yang baik agar terlepas daripada kelahiran kembali ke dunia so that dorang dapat bersama Brahma(Tuhan Pencipta dalam agama Hindu) di Nirwana(syurga). Selagi sorang penganut gagal dapat Karma yang baik, selagi tu dia akan alami kelahiran semula after masuk neraka for a short time.



Pandangan Agama Islam.

Tiada istilah kelahiran semula or reincarnation dalam agama Islam dan ia amat jelas melalui firman Allah dalam surah Az-Zalzalah ayat 99:7-8 maksudnya:Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat(balasan)nya.Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun,niscaya dia akan melihat(balasan)nya pula.

Manusia yang diciptakan Allah hanya hidup sekali sahaja kat dunia ni dan akan dibangkitkan oleh Allah di akhirat kelak supaya dapat dihitung amal perbuatan mereka time hidup kat dunia and decide whether to Heaven or Hell.


So the conclusion?

Umat Islam tak boleh atau haram if korang nak percaya tentang hukum karma ni coz ia amat bertentangan dengan agama Islam.Kalau korang cakap "takpela sebab karma ni what goes around comes around so tak salah nak percaya kan?" pun tak boleh coz balasan yang diterima balik akibat dari perbuatan sumone tu dalam Islam adalah daripada Allah but for Karma ia daripada hukum alam.

Hukum Karma adalah kepercayaan orang beragama Hindu so nak buat apa kita sebagai orang Islam yang ada rukun Islam and Iman kita sendiri nak percaya dengan kepercayaan orang lain betul tak?

No comments:

Post a Comment