Pages

Saturday, 25 February 2012

BELIA BENCI PENIPU !



Whats up readers ? Korang ok ke ko ? Malam ni aku nak bedtime story sat mengenai penipu. Yes, PENIPU. Korang pernah kena tipu ? Mesti rasa awsem kan bila ditipu macam yang aku nak cerita kan ni.


Kisah ni berlaku pada sem lepas apabila aku telah dipilih oleh seorang "senior" untuk dijadikan sebagai "adik angkat" dan aku diberitahu aku adalah orang yang ketiga dipilih. Ketika sesi "pemilihan" tu that "senior" pun story la macam macam pasal dia yang dia ni sebatang kara and family dia semua dah meninggal sebab accident masa nak balik raya so that's why dia adopted tiga orang untuk jadi "adik angkat" dia.


Cara yang dia guna memang awsem la which is cerita pasal bende bende sedih so that kita akan kasihan kan dia. Aku yang blur and a half ni pun accept saja la dia punya offer sebab ada benefit macam dia support korang punya makan, minum, duit belanja, dan macam macam lagi la takkan aku nak tolak kan ? Lagipun orang nak buat baik dengan kita so aku pun layan jelah.





So kehidupan aku pada sem lepas penuh dengan fairy tale la bila makan minum semua di tanggung. Even pernah belanja aku shopping baju raya. At that time I felt like woahhh not bad la ada abang, semua yang aku nak dia bagi but actually bukan semua la. Then bila lepak dengan dia je dia mesti cerita pasal hal kerja dia dengan hal universiti.


The most important thing when dia cakap yang dia tu seorang pegawai polis pangkat inspektor kalau tak silap aku and dia tengah "undercover" dekat universiti tempat aku belajar ni. Bila dia cakap macam tu aku dah start ragu ragu dekat dia, I mean come on la dude, if orang yang tengah undercover dia takkan bagitahu yang dia tu polis undercover coz nanti dah tak jadi undercover la kan ? Bukan aku je tahu, boleh dikatakan satu universiti tahu dia undercover tak ke lawak tu.


When I'd doubt about him aku cuba perhatikan cara dia. Selalunya bila dia keluar pergi mana mana ke dia akan bawa sarung pistol tersisir rapi dekat pinggang dia but, without a gun. Bila aku tanya je dia akan jawab ada dekat rumah tak boleh bawa dekat tempat awam. Kau polis tapi tak boleh bawa pistol ? Nice one. Satu lagi aku selalu nak minta tengok ID polis dia tapi tak pernah nya dia nak bagi. Why? Sure dia tak nak kantoi.





Semenjak dari tu 50 peratus aku da tak percaya dekat dia but aku relax dulu layan buat bodo je macam tiada apa apa. Aku ingat aku seorang je yang rasa doubt dekat dia rupanya kawan baik dia dekat universiti pun rasa apa yang aku rasa. Tuhan tu Maha Kaya bila dia nak tunjuk bila bila je dia boleh tunjuk kekuasaan dia. Macam orang dulu kata sepandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.




Then, bestfriend dia ni la yang bertangungjawab meng-revealed kan identiti sebenar si imposter. Nak dipendekkan cerita dia bukan seorang anggota polis and family dia yang dia cakap da meninggal tu hidup lagi. That's not awsem man, does'nt admit that your parent still alive? Screw you thats juzt too much.


Ohh ye, korang mesti tak percaya ni tapi pihak universiti sangat percaya kan dia sampai sanggup bagi macam macam jawatan penting dalam universiti dan hostel. Macam mana la pihak universiti boleh lantik dia tanpa review dulu dia punya profile. Aku memang tabik spring la coz dia telah berjaya menipu semua orang dan juga pihak universiti dengan hanya bermodalkan penyamaran sebagai seorang anggota polis.


Duit duit pembayaran hostel semua bagi dekat dia and dia pun handle budak hoki so pembayaran berkaitan hoki pun buat dekat dia tapi sampai sekarang duit duit tu tidak sampai pun dekat pihak universiti so maknanya duit yang dia belanja aku makan selama ni adalah duit haram?! WTF! So semuanya make sense la bagi aku, patut la aku minta laptop tak bagi bagi rupanya takde duit. Lepas tu nak berlagak kaya.




Pada tanggal 23 February membe aku bagitahu aku yang dia masuk lokap coz menyamar jadi polis. Dalam banyak banyak tarikh, tarikh tu juga yang dia pilih which is birthday aku memang skial betul. Tu adalah birthday present aku yang paling awsem pernah aku dapat. Patut lah da seminggu dia tak contact aku rupanya ada dekat behind bars.


Lastly aku just nak Tuhan tolong halalkan apa yang aku makan dan minum daripada duit dia coz aku tak tahu itu duit haram. And aku pun nak terima kasih dekat dia sebab da banyak tolong aku walaupun aku tahu dia saja nak biar aku percaya dekat dia so that nanti maybe dia ada plan ke untuk aku kan. Apa pun biarlah kisah ni jadi iktibar for everyone including me supaya jangan cepat percaya dekat orang walaupun dia selalu buat baik dengan kita. So the judge says guilty as charged !

No comments:

Post a Comment