Assalamualaikum dear my beloved readers . Alhamdulillah kita ketemu lagi di dalam entri yang baru ini . Entah kenapa aku tetiba ada fefelling nak update post baru . Maybe sebab dah agak usang aku usha blog aku ni dan lama dah tiada pengisian and pity jugaklah buat peminat setia blog ini ( ada ke ? ) ternanti nanti ke-awsem-an yang dah lama hilang . So here it goes .
Title post ini pun dah explain topic apa yang nak aku share kan malam ni . Friend / Kawan / Membe . Sepanjang 20 tahun aku berkelana at dunia yang penuh dengan imaginasi dan fantasi ni dah bermacam macam rupa , perangai , kerenah orang yang aku jumpa . Daripada kecil sampailah ke yang tak berapa nak besar ni . Baik , buruk , terpuji , bakhil , awsem , kaki bahan semua aku dah jumpa .
Dan hakikat yang kita kena terima kawan adalah orang kedua yang paling penting dalam hidup kita selain our own family . If bak kata senior citizen ibu bapa lah yang mencorakkan kehidupan anak anak . Eyupp , memang betul but kawan kita juga lah yang sangat responsible untuk memberi idea corak apakah yang akan dilukis dalam kehidupan kita ini .
For me , kawan kawan aku ibarat family aku sendiri juga mostly because masa aku banyak dihabiskan dengan dorang . Rutin harian biasa , lepak and borak kosong . Ini adalah aktiviti wajib . Aku ada ramai kawan , since dari sekolah rendah lagi aku bertukar tukar membe mostly sebab kehidupan aku dulu dah macam orang nomad , suka berpindah randah . Bila pindah je mesti kena cari kawan baru .
Nasib baik lah aku ni jenis yang tak sombong ( rasanyalah) so agak senang untuk cari partner for lepak-ing bersama . But kawan yang aku rasa macam rapat gila babi awsem adalah bila aku masuk form 5 . Benda ni start time habis trial , entah macam mana tiga kelas budak lelaki bergabung menjadi satu geng yang acah acah kongsi gelap tapi bukan gengster .
Kitorang ni boleh dikatakan antara bebudak yang acah acah genius jugalah ( hehehe ) from science sampailah ke account , semua satu kepala . Since then , kitorang jadi rapat gila and selalu jugalah ber-outing reramai . Paling semangat bila siap buat sticker tampal at kereta kesayangan memasing . Asal cuti je akan gather reramai lepak memana then if ada sorang yang open pasal nak overnite semua terus on .
Bila dah masuk U ni aku jumpa lagi bermacam jenis mutan mutan . Time memula aku masuk unikl , orang first sekali aku kenal si ijat kebal . Then barulah bebudak yang lain ni . Kawan yang dekat hostel lain , yang dekat class lain , yang for ber-lepak-ing pun lain . But part yang paling penting , semua boleh masuk air . And itu jugalah yang paling best dan awsem !
Experience yang aku tak boleh lupakan bila duduk sama sama dalam satu bumbung time aku stay rumah sewa dulu . Tons of sweet n sour , 3 rasa semua ada bila dah berbumbungkan satu rumah . Pergi class sesama , balik sesama , ponteng bersama ( sirius aku rindu gila at bebudak wangsa maju ) .
And now bila aku dah pindah ke uitm ni time memula aku dah fikir ada ke orang yang nak berkawan dengan aku ni ? Ada ke orang yang boleh terima lawak aku and perangai aku yang jenis cakap lepas ni ? So far alhamdulillah tiada lagilah yang mengeji . Dekat sini aku jumpa lagi geng baru . Orang pertama aku kenal Naz ( bukan nama sebenar ) , first 2 weeks aku berdua jelah dengan dia then barulah ber interaksi tanpa rasa awkward dengan bebudak yang lain .
Dalam first month macam tu aku lebih rapat dengan bebudak aras aku dengan bebudak from other courses mostly budak hotel . First thought semua macam hidung tinggi bak klcc but after dah lama lepak memang kepala otak memasing dah macam orang high . Paling best bila dorang habis kitchen je mesti bawa balik makanan untuk aku habiskan ( hehe thank you ye bella ) . So aku terasa sangatlah awsem !
After that , aku jumpa lagi 4 orang yang tersangatlah sewel dan cool . Aku dan Naz + Jai , Bina , Ika and Nik = The New How I Met Your Mother and Friends member . Dorang ni bagi aku dah macam cuaca or seasons sebab memasing punya mood termasuklah aku sangat sukar untuk di predict . There's one week yang we called it minggu tacing where semua including me tetiba lah pms .
That time memanglah kelawsem ! Barulah kitorang tahu memasing punya perangai . Aku pun taktahu macam mana aku boleh kenal dorang ni but one thing for sure aku sangat bersyukur dapat kenal dengan korang . Diharap persahabatan yang kita bina ini kekal lah sampai memasing dah timang cucu and that time boleh lah kita brag cucu mana yang paling pandai or anything .
Apa yang aku cuba sampaikan dekat sini , korang boleh baca sendiri kisah persahabatan aku ni nampak penuh dengan keceriaan dan kebersihan kan . Eyupp , memang ramai kawan untuk aku bergelak ketawa , melepak bersama , bahan membahani tapi ada tak atleast seorang yang boleh menangis bersama sama dengan aku ? Maybe bila aku cakap at dorang mostly the answer would be yes or why not but truth is ada kah ?
Soalan ini hanya akan terjawab dengan sendiri nya pabila aku sedang berada dalam kesusahan atau ditimpa musibah . Sometimes I wonder , bila aku dah tinggalkan dunia yang penuh dengan cabaran cabaran yang maha extreme ini , akan ada lagikah yang akan mengingati aku ? Ada tak yang akan melawat rumahku di dalam isi perut bumi ini ? Well , time will tell .
Aku akan simpan semua memori persahabatan ini dalam journal hidup aku dan jika dikurniakan umur yang panjang , akan disingkap satu persatu muka surat ini dan diharap terukir sebuah senyuman dikala mengingati masa lampau yang penuh dengan kenangan .
Akhir kata , aku rindu semua kawan kawan aku daripada aku tadika sampailah sekarang . Korang semua telah mengajar aku erti sebuah persahabatan dalam kehidupan . Tanpa korang hidup aku hanyalah seperti botol kosong tanpa air yang tidak mampu menghilangkan dahaga . Korang semua telah menceriakan hidup aku dengan warna warna gembira yang membuatkan halaman buku aku nampak awsem !
Thanks in advance . Love you guys !
No comments:
Post a Comment