Assalamualaikum wahai readers yang dirindui semua . Entri kali ni aku nak sentuh pasal ghost hunting . Korang pernah tak ber-ghost hunting ni ? Aku and membe aku ada lah sikit pengalaman pengalaman yang tak berfaedah ni masa kitorang buat aktiviti aktiviti tak sihat yang konon nya menyeramkan ni .
Apa itu Ghost Hunting ?
Ghost hunting ialah satu proses or aktiviti penyiasatan ala detective conan yang korang buat kat tempat tempat yang dipercayai atau di-reported oleh orang ramai bahawa wujudnya paranormal activity kat kawasan tersebut . Wowzerr , explanation aku dah macam skema jawapan untuk spm dah .
Selalunya aktiviti tak sihat ni orang buat mungkin sebab bosan and dah taktau nak buat apa . Ada yang sengaja nak tunjuk pandai atau konon nya acah acah berani coz nanti boleh cerita kat awek . But mostly bagi yang serius dalam hal ni dorang just nak buktikan bahawasanya ada or takde benda benda ghaib ni .
Apa alatan yang korang perlu ada ?
Bila nak ber-ghost hunting ni ofcoz la kena bawa apa apa yang patut kan . Takkan la just bawa diri je , hantu pun akan jadi bosan nak kacau korang . Bagi yang betul betul serius , apa yang korang perlu bawa adalah EMF meter untuk detect possibly kehadiran casper , Thermometer untuk detect suhu surface korang , then Video camera and audio recorder sebagai evidence yang korang ada jumpa natang casper tu .
For those yang just acah acah ayam nak isi masa lapang tu korang punya barang simple je . Bawa Iphone or android untuk record apa apa yang patut , Kereta yang laju untuk korang berterabur lari bila bertembung dengan hantu kak limah and part last ni yang paling penting , bawa kalau boleh minimum sorang membe korang yang acah acah alim macam ustaz . Coz manalah tahu tetiba ada yang kena rasuk or main hide and seek dengan ju-on ke kan , boleh juga dia baca apa apa yang patut .
Dimana tempat spooky yang korang nak investigate ?
Part ni paling penting , first korang kena kenal pasti dulu tempat mana yang pontianak selalu buat port lepak minum . Yang kat bawah ni adalah tempat tempat yang aku cadangkan korang visit .
Banglo Kayangan Mona Fandey
Tempat ni memang feymes di kalangan budak budak shah alam , waktu siang memang tengok macam takde apa tapi bila dah malam tu macam macam perasaan akan timbul . Rumah ni terletak kat area seksyen 12 shah alam .
Banglo HT
Selalu orang cakap pasal Highland Tower berhantu la ini la tapi bagi aku kalau korang nak ber-hunting , korang patut try masuk banglo ni . Banglo ni terletak betul betul sebelah highland tower . Bila korang jejak je kaki kat dalam rumah ni aku confirm korang tak tidur malam di tambah pulak dengan bunyi salakan anjing yang sayup je kat sebelah banglo ni . Cuba tengok betul betul kat tingkap atas banglo ni , yang hujung skali .
Villa Bukit Tunku
Area area Bukit Tunku ni aku pelik sikit sebab kawasan perumahan kat sini adalah antara kawasan paling elit kat Malaysia , so basically orang orang K sahaja yang duduk area sini . Tapi kat jalan masuk kawasan ni agak seram sikit sebab kawasan dia penuh dengan pokok pokok besar so mood seram tu akan datang sebaik sahaja korang sampai kat jalan masuk Bukit Tunku ni .
Jalan Karak Lama
Orang selalu mistake jalan karak mana yang seram . Selalunya orang akan cakap highway karak tu yang spooky mooky . Sebenarnya yang keseraman kesejukan adalah jalan lama karak . Jalan ni terletak betul betul kat belakang RnR Genting Sempah and akan terus tembus ke Bentong , Pahang . Jalan dia memang banyak rosak berlubang semua so diharap korang berhati hati la .
And kat satu port ni korang akan jumpa satu balai polis lama yang memang usang gila . Masa aku and membe aku lalu dulu balai polis lama ni memang takde orang tapi ada satu bilik ni lampu dia terbuka . Memang pelik dan seram la jadi nya .
Yang selebihnya aku tak larat nak insert image banyak banyak cukuplah aku just tulis kat sini yea .
- Banglo Seksyen 2 , Shah Alam
- Kemayan City , Johor Bharu
- Villa Nabila , Johor Bharu
- Amber Court , Genting Highlands
Lastly aku nak ucap goodluck la for those yang beriya iya nak cari "kawan" baru ni . Kalau dapat jumpa tu kirim salam sayang kat benda tu yea . REMINDER!!! Lepas habis saja aktiviti aktiviti tak berfaedah ni baca lah apa apa doa yang patut .
And paling penting sekali before masuk kawasan rumah korang , jangan lupa bagi salam dulu . Takut takut ada benda yang ikut balik rumah . Awrite , tu jelah post untuk hari ni harap korang enjoice . Ciao !
No comments:
Post a Comment