Pages

Saturday, 8 December 2012

LOVE IS CINTA



Assalamualaikum kepada jejaka jejaka yang ditinggalkan and gadis gadis yang curang sekalian alam . Entah kenapa malam ni aku ada mood pula nak post entri pasal lovey dovey ni . So diharap korang dapat beramal dengan post aku ini yea .

Korang semua pernah bercinta kan ? Tipu lah kalau cakap tak pernah . Tak kesah lah cinta monyet ke palsu ke betul ke yang penting korang pernah bercinta kan ? Kalau yang tak pernah tu lambat laun korang akan tempuhi juga pengalaman ini maybe after korang kahwin nanti .



Apa Itu Cinta ?

Persoalan yang menarik hendak dilontarkan di sini , apa itu cinta ? Adakah sejenis magnet yang boleh membuatkan seorang jejaka tertarik kepada seorang gadis ? Secara kasar nya ia bermaksud perasaan sayang atau secara halus nya satu emosi kasih sayang yang sangat kuat terhadap seseorang or sesuatu benda and hidupan yang lain .

Maksud nya cinta ini bukan hanya tertakluk kepada perasaan sayang antara seorang pria dan wanita tapi juga kepada benda such as you know stuff stuff yang dianggap sentimental value and juga your love towards animals . 


Awrite tapi kat sini aku bukan nak cerita pasal korang punya affection on your belongings or animals or whatsoever . Aku nak cerita pasal hubungan istimewa yang dijalin oleh pasangan lelaki dan wanita . Semua orang pernah bercinta kan termasuk juga dengan aku .

Bila dalam relationship ini macam macam pengalaman yang kita dapat rasa . Ada yang rasa seronok , best , sedih , patah beribu ribu and so on . Aku juga tak terkecuali daripada merasai pengalaman pahit manis ni . Bagi aku experience inilah yang telah mengajar aku erti sebuah kehidupan walaupun aku dah beberapa kali kantoi dalam bab bab love story ni .


Bila sebut je pasal cinta semua nya akan terbayang memori memori indah ketika sedang bersama . Kat sini aku nak korang berhenti kejap dan bayangkan saat saat ketika ketawa , gembira waktu bersama sama dengan pasangan korang . Manis bukan ? Iye waktu sedang bercinta semua nya best best and sweet mueet belaka .

Memang betul , cinta itu adalah sesuatu yang indah . Satu perasaan yang cukup indah yang diciptakan oleh Tuhan untuk hambanya merasai betapa indah dan bahagia nya cinta itu . Tapi sebelum kita mengecapi kebahagiaan yang abadi dalam percintaan , pasti akan timbul nya perasaan kecewa , sedih atau pun patah jiwa .

Kita tak perlu bimbang jika timbul nya perasaan ini kerana feeling ini lah yang akan mengajar kita erti sesebuah perhubungan itu . Kita sebenarnya berada dalam proses pembelajaran dalam bercinta . Sebab itu bila putus sesebuah ikatan cinta itu jangan menangis , kerana dari situ kita sebenarnya dapat belajar untuk memperbetulkan kesilapan yang kita buat dalam love story kita .

Aku tak nafikan memang sakit bila ikatan yang terjalin atas dasar cinta ini putus di tengah jalan . Aku pun dulu ada lah juga beberapa kali meraung tak berlagu . Boleh gila di buatnya . Tapi itu semua cerita lama , I've learnt my lesson which is learn to let go . Aku percaya Tuhan menyuruh aku untuk betulkan segala kesilapan lalu untuk mem-perfect kan hubungan yang akan datang .

Apa yang aku boleh cakap ialah kalau korang baru lepas putus cinta jangan sesekali give up dengan cinta kerana akan sentiasa ada orang yang sayang dekat korang walaupun ia bukan someone yang korang harap harap kan . Bagi yang still tak boleh lupakan ex korang tu aku nasihatkan cari satu hobi atau benda yang boleh buat korang lupakan dia .

Jangan pula korang start bermusuh dengan dia , nescaya benda ni bukan boleh buatkan korang lupa at dia bahkan buatkan korang selalu ingat at dia . Be positive , jadikan dia kawan korang , bertegur macam biasa . Ia sedikit sebanyak membantu korang lupakan dia kerana korang sudah selesa untuk membataskan hubungan dengan dia sebagai seorang kawan .


You are flawless , every piece , every shard
But the pain you give , strikes so impeccably hard
Love may hurt , but love never fails
It’s not a state of mind as it is a state of heart
It’s always there , and can’t be relinquished
It’s something so distort , has such defect
Nothing you will ever perfect .
But maybe , just maybe the love you have
The love you feel from the heart
The love you think from the mind
The one you can’t see , nor hear
Maybe that’s enough , to forget distortion, forget imperfection
Forget all the fights , the serious complexion
Make it simple , make it clean
Then you shall see , what love should mean .


Awrite , setakat ini sajalah pengisian daripada aku . Semoga bertemu lagi di entri entri yang akan datang . Thank you for reading , Assalamualaikum .



No comments:

Post a Comment